Related Posts with Thumbnails
Archive for August 2010

Penghalang Bau Syurga???

By e.r.n.y.y.a.n.t.y // No Comments

Saya ada terbaca status dari Ustaz Hasrizal Asri beberapa hari lalu berkenaan :


Rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...

Kini, fesyen berhijab semakin diterima di kalangan muslimah. Pelbagai gaya dan jenis tudung diperkenalkan seperti Ikin, Waheda, Ariani, Turki, Syria, Bawal dan sebagainya. Manakala fesyen yang menjadi trend sekarang ini yang menjadi ikutan kebanyakan muslimah tempatan ialah bertudung sambil bersanggul tinggi di kepala.

Memang tidak dinafikan, trend yang dikatakan mengikut cara pemakaian hijab wanita Arab ini memang nampak cantik, berseri & mempesonakan kepada si pemakai terutamanya di bahagian wajah & kepala.

Terbaru di pasaran terdapat tudung yang dijual bersama pakej sanggul palsu atau juga dikenali sebagai 'sanggul arab', ciptaan baru ini adaklah alternatif kepada wanita yang berambut pendek supaya dapat tampil dengan gaya 'bersanggul tinggi' semasa menggayakannya.



Diorang buat sanggul palsu je..Cis, Tipah tertipu!!!!




Demo pakai tudung 'sanggul tinggi'


Namun begitu, perkara ini telah menjadi persoalan tentang sejauh mana 'sanggul tinggi' ini dibenarkan oleh Islam. Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:


Ramai keliru mengenai golongan "perempuan rambut seperti bonggol unta yang miring" seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.

Namun begitu, menurut seorang penulis buku berkaitan agama & motivasi yang semakin dikenali, Kapten Hafiz Firdaus menerangkan serba sedikit berkenaan hadis ini iaitu dua golongan manusia yang bakal masuk neraka.

Pertama : Orang yang suka menghukum orang tanpa pengadilan. Contoh pemimpin atau ketua yang bersikat diktator.

Kedua : Wanita yang..
Berpakaian berpakaian tetapi telanjang-berpakaian tetapi nipis sehingga menampakkan aurat di sebaliknya. Juga berpakaian tapi ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Kesannya, akan menaikkan minat lelaki terhadapnya. Tapi, bukan sekadar itu juga, dilihat juga dengan cara berjalan yang seksi & perhiasan-perhiasan diri.



Gambar hiasan

Antara perhiasan yang dimaksudkan ialah menghias rambut dengan fesyen ikatan sanggul yang membonjol ke atas seperti gambar di atas yang mana ianya masih di sisi belakang tetapi menyudut ke atas sehingga kelihatan macam bonggol unta.

Namun begitu bagi mereka yang bersanggul dengan fesyen yang tidak menonjol seperti sanggul di sisi belakang tapi menyudut ke bawah adalah dibenarkan terutamanya bagi wanita yang berambut panjang. Islam kan bersifat sederhana :). Untuk wanita yang berambut panjang, kenalah ikat sanggul. Wajib baginya agar rambut tidak terkeluar dari tudungnya. Takdelah pakai tudung labuh sampai ke pergelangan tangan, tapi rambut mengurai di belakang. Tak ke pelik namanye??

Pengecualian adalah bagi para isteri yang ingin perhatian si suami. Adalah dibenarkan untuk bersanggul dengan menyudut ke atas. Tapi, apabila berhadapan dengan lelaki lain yang bukan mahram hendaklah membuka sanggul tersebut.

Jadi, tepuk dada, tanyalah iman...Fikir-fikirkanlah...Anda buat anda dapat.... (*-*)




Pelajar FPI 'pemalas'??

By e.r.n.y.y.a.n.t.y // No Comments


Student FPI pemalas ?? Bukanke diorang ni semuanya rajin-rajin belaka???erm,,,

Ya,,,diakui mereka antara golongan yang terpelajar & rajin,,tapi ada 1 habit yang diorang ni cukup malas nak buat,,,benda tu memang dikira penting,,tp disebabkan sikap mereka sendiri menyebabkan mereka menjadi malas,, Berkenaan ape ye???

Isu yang ingin dikupas pada kali ini adalah berkenaan kes kebanyakan atau majoriti pelajar-pelajar fpi especially golongan Hawa yang habitnya sangat-sangat liat untuk BERSUKAN atau BERIADAH. Betulke?? Dari pemerhatian saya memang ye,,,

Tidakkah diketahui golongan ini akan kebaikan bersukan atau beriadah?? Ye,,memang tidak dapat dilihat dari luaran,,,tapi sebaliknya mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita sendiri,,,

Mengapa sikap malas ini wujud?? Pada pandangan saya, berkemungkinan:

  • Sikap malas yang kuat dan tidak mahu untuk memajukan diri
  • Mereka sering beranggapan bersukan adalah menyusahkan. Sebab? Bila bersukan mestilah badan akan berpeluh dan menyebabkan baju basah serta mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Tidakkah mereka terfikir yang peluh itu menyihatkan tubuh badan sendiri? Jadi, fikir-fikirkanlah...
  • Didapati juga golongan ini akan mengeluh sakit otot-otot badan selepas bersukan.Kenapa ianya berlaku? Sebab tidak tahu teknik-teknik semasa bersukan disebabkan sudah lama tidak beriadah. Individu ini berkemungkinan tidak melakukan warm up untuk merenggangkan otot-otot badan terlebih dahulu. Jika keadaan ini masih berterusan, dilihat pada impak jangkamasa akan datang yang mana akan mendatangkan banyak penyakit kepada diri sendiri. Jadi, mana satu pilihan anda?
  • Banyak lagi sebab yang boleh kita fikir & perhatikan.
Banyak faedah yang akan kita perolehi dengan bersukan. Antaranya:
  • Dengan bersukan, secara tidak langsung kita dapat mendisiplinkan diri kita. Ini kerana, di dalam sukan memerlukan kepada disiplin yang tinggi dari segi ketepatan & kepantasan mengejar masa, kecergaran fizikal, kekuatan & ketahanan mental, kemahiran tektikal & teknikal dalam sesuatu permainan dan banyak lagi. Bersukan juga memerlukan kepada jadual berkala atau latihan berjadual yang agak kerap jika kita mahu mencapai hasil yang memberangsangkan.
  • Dan banyak lagi kebaikan yang kita sama-sama dapat fikirkan.
Di dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bersukan seperti berenang, melempar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melempar panah seterusnya menggalakkan mereka dengan berkata, "Lemparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu kalian". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah juga turut serta dalam bersukan.

Ada pepatah Arab berbunyi:
'Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat'

Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar ata apa sahaja profesion yang diceburi. Malah kualiti kerja juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa ke semasa disebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi tumpuan dan fokus pada kerjanya.

Tambahan pula, Islam melihat proses pembinaan fizikal seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus diberi perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya & menjauhi laranganNya secara berterusan.

Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bermula pada hari ini, ubahlah habit kita supaya suka kepada bersukan. Sertailah mana-mana kelab sukan & permainan yang terdapat di UKM. Mungkin dari situ akan timbul kesedaran kita betapa pentingnya bersukan dalam kehidupan seharian kita. Sekian, selamat beramal! :)









Kenapa Ianya Mesti Berlaku?????

By e.r.n.y.y.a.n.t.y // No Comments



Bukan untuk mengungkit tapi sekadar peringatan kita semua,,,

Perkara ini sudah hampir setahun berlalu,,,tetapi ianya masih hangat diperkatakan sehingga sekarang,,,berkenaan apa???

Isu kalimah ALLAH digunakan di gereja,,,jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, isu kalimah ALLAH ini merupakan senjata perang saraf pihak .... untuk meraih kepercayaan rakyat. nampaknya semua yang berlaku ini seperti dirancang je...Mari kita lihat step-step di bawah ni:

Step 1: Akhir tahu lepas pihak gereja berjaya di mahkamah untuk menggunakan kalimah ALLAH
Step 2: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen
Step 3: Kerajaan arahkan Abdul Ghani Patail untuk mengendalikan kes kalimah ALLAH di mahkamah rayuan
Step 4: Gereja dibakar
Step 5: Suspek pembakaran gereja telah berjaya ditahan & dikenakan hukuman. Tapi bukan di bawah akta ISA
Step 6: Kes mahkamah berterusan tanpa sebarang keputusan
Step 7: Harga minyak dinaikkan
Step 8: Mahkamah rayuan luluskan rayuan keraajaan- Penggunaan kalimah ALLAH oleh gereja ditarik balik
Step 9: Bla..bla..bla..sehingga rakyat tak sedar yang semua harga barang keperluan harian telah dinaikkan termasuk tol...

Semua di atas adalah berdasarkan pemerhatian dalam isu-isu yang telah berlaku sebelum ni sampailah sekarang....di mana kebenarannya?? Everything have been staged...terpulang pada anda semua untuk menilainya...think about it... :)

Sebenarnya di Mesir/Arab Saudi penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah perkara biasa kerana semua kitab-kitab bible di sana menggunakan nama ALLLAH menggantikan nama God (in English). Ianya disebabkan semua orang Arab dan kitab bible adalah di dalam bahasa Arab. so, penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab bible di sana adalah biasa. Yang membezakan antara Islam dan Kristian adalah konsep ALLAH yang Esa (Islam) dan konsep trinity/Allah mempunyai anak (Kristian).
Di sini, penggunaan kalimah ALLAH amat sinonim dengan Islam sebab kita orang Melayu dah lama menggunakannya dalam terjemahan Al-Quran. Manakala Kristian menggunakan perkataan tuhan/god dalam bible mereka.

Dah habis baca ke?? Mungkin isu ini ada kebaikan dan keburukannya.

Kebaikannya: Kalau kalimah ALLAH digunakan dalam bible akan membuka lebih peluang umat Islam untuk berdakwah kepada penganut Kristian dan senjata kita yang paling penting adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Banyak perkara yang boleh kita perdebatkan dan ternyata pihak Kristian tidak mampu untuk menjawabnya.

Keburukannya: Aqidah umat Islam kini kebanyakannya amat-amat lemah dalam pengetahuan agama Islam akan tergugat dan boleh menyebabkan terkeluar dari agama sebenar samada secara langsung atau pun tidak. Generasi muda yang tidak dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam adalah golongan yang amat berisiko untuk terjebak di dalam dakyah Kristian yang mana akhirnya akan membawa kepada murtad...nau zubillah....

Tapi kalau kita lihat dari perspektif Islam- sesungguhnya tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan kehendak dan ketentuan ALLAH. Bagi umat Islam yang berilmu dan sempurna akal, setiap musibah yang datang hendaklah dikaji dan pandangan dan approach yang lebih positif adalah amat digalakkan.

Pada pandangan saya, jika penggunaan kalimah ALLAH ini diluluskan, apa yang saya nampak- keburukan adalah lebih banyak daripada kebaikan- kerana :

1) Bertambah rosaklah akhlak dan aqidah di kalangan umat Islam di Malaysia yang sekarang sedang parah
2) Akan wujud hasad dengki dan permusuhan di antara umat Islam dan Kristian- especially di kalangan yang kurang berilmu dan hanya mengikut kehendak hati dan perasaan semata-mata.
3) Akan bertambahlah kekuatan pihak Kristian di dalam menindas umat Islam di Malaysia dari segi zahir dan batinnya.
4) Dan banyak lagi (saya percaya anda semua boleh fikir sendiri apa yang berlaku seterusnya....)

Ditujukan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Isu ini tak boleh pandang dengan sebelah mata saja. Kemaslahatan umum adalah amat dititikberatkan dalam Islam. Perkara yang dapat menimbulkan permusuhan amatlah dilarang dan harus dikekang daripada berlaku. Sebagai daie, kita haruslah sentiasa memikirkan apa perkara yang sepatutnya yang perlu kita buat... Takbir!!!!