Penghalang Bau Syurga???
Saya ada terbaca status dari Ustaz Hasrizal Asri beberapa hari lalu berkenaan :
Rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...
Kini, fesyen berhijab semakin diterima di kalangan muslimah. Pelbagai gaya dan jenis tudung diperkenalkan seperti Ikin, Waheda, Ariani, Turki, Syria, Bawal dan sebagainya. Manakala fesyen yang menjadi trend sekarang ini yang menjadi ikutan kebanyakan muslimah tempatan ialah bertudung sambil bersanggul tinggi di kepala.
Memang tidak dinafikan, trend yang dikatakan mengikut cara pemakaian hijab wanita Arab ini memang nampak cantik, berseri & mempesonakan kepada si pemakai terutamanya di bahagian wajah & kepala.
Terbaru di pasaran terdapat tudung yang dijual bersama pakej sanggul palsu atau juga dikenali sebagai 'sanggul arab', ciptaan baru ini adaklah alternatif kepada wanita yang berambut pendek supaya dapat tampil dengan gaya 'bersanggul tinggi' semasa menggayakannya.
Diorang buat sanggul palsu je..Cis, Tipah tertipu!!!!
Ramai keliru mengenai golongan "perempuan rambut seperti bonggol unta yang miring" seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.
Namun begitu, menurut seorang penulis buku berkaitan agama & motivasi yang semakin dikenali, Kapten Hafiz Firdaus menerangkan serba sedikit berkenaan hadis ini iaitu dua golongan manusia yang bakal masuk neraka.
Pertama : Orang yang suka menghukum orang tanpa pengadilan. Contoh pemimpin atau ketua yang bersikat diktator.
Kedua : Wanita yang..
Berpakaian berpakaian tetapi telanjang-berpakaian tetapi nipis sehingga menampakkan aurat di sebaliknya. Juga berpakaian tapi ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
Kesannya, akan menaikkan minat lelaki terhadapnya. Tapi, bukan sekadar itu juga, dilihat juga dengan cara berjalan yang seksi & perhiasan-perhiasan diri.
Antara perhiasan yang dimaksudkan ialah menghias rambut dengan fesyen ikatan sanggul yang membonjol ke atas seperti gambar di atas yang mana ianya masih di sisi belakang tetapi menyudut ke atas sehingga kelihatan macam bonggol unta.
Namun begitu bagi mereka yang bersanggul dengan fesyen yang tidak menonjol seperti sanggul di sisi belakang tapi menyudut ke bawah adalah dibenarkan terutamanya bagi wanita yang berambut panjang. Islam kan bersifat sederhana :). Untuk wanita yang berambut panjang, kenalah ikat sanggul. Wajib baginya agar rambut tidak terkeluar dari tudungnya. Takdelah pakai tudung labuh sampai ke pergelangan tangan, tapi rambut mengurai di belakang. Tak ke pelik namanye??
Pengecualian adalah bagi para isteri yang ingin perhatian si suami. Adalah dibenarkan untuk bersanggul dengan menyudut ke atas. Tapi, apabila berhadapan dengan lelaki lain yang bukan mahram hendaklah membuka sanggul tersebut.
Jadi, tepuk dada, tanyalah iman...Fikir-fikirkanlah...Anda buat anda dapat.... (*-*)
alittlewoman
- e.r.n.y.y.a.n.t.y
- HiDden Town Of PaRit BunTaR, pEraK, Malaysia
- I love my FAMILY,, I love flowers,, I love pink,,, Thatz coz I'm a girl,,, & the important thing,,, I'm proud to be a MUSLIM :)