Related Posts with Thumbnails

Kenapa Ianya Mesti Berlaku?????

By e.r.n.y.y.a.n.t.y // No Comments



Bukan untuk mengungkit tapi sekadar peringatan kita semua,,,

Perkara ini sudah hampir setahun berlalu,,,tetapi ianya masih hangat diperkatakan sehingga sekarang,,,berkenaan apa???

Isu kalimah ALLAH digunakan di gereja,,,jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, isu kalimah ALLAH ini merupakan senjata perang saraf pihak .... untuk meraih kepercayaan rakyat. nampaknya semua yang berlaku ini seperti dirancang je...Mari kita lihat step-step di bawah ni:

Step 1: Akhir tahu lepas pihak gereja berjaya di mahkamah untuk menggunakan kalimah ALLAH
Step 2: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen
Step 3: Kerajaan arahkan Abdul Ghani Patail untuk mengendalikan kes kalimah ALLAH di mahkamah rayuan
Step 4: Gereja dibakar
Step 5: Suspek pembakaran gereja telah berjaya ditahan & dikenakan hukuman. Tapi bukan di bawah akta ISA
Step 6: Kes mahkamah berterusan tanpa sebarang keputusan
Step 7: Harga minyak dinaikkan
Step 8: Mahkamah rayuan luluskan rayuan keraajaan- Penggunaan kalimah ALLAH oleh gereja ditarik balik
Step 9: Bla..bla..bla..sehingga rakyat tak sedar yang semua harga barang keperluan harian telah dinaikkan termasuk tol...

Semua di atas adalah berdasarkan pemerhatian dalam isu-isu yang telah berlaku sebelum ni sampailah sekarang....di mana kebenarannya?? Everything have been staged...terpulang pada anda semua untuk menilainya...think about it... :)

Sebenarnya di Mesir/Arab Saudi penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah perkara biasa kerana semua kitab-kitab bible di sana menggunakan nama ALLLAH menggantikan nama God (in English). Ianya disebabkan semua orang Arab dan kitab bible adalah di dalam bahasa Arab. so, penggunaan kalimah ALLAH di dalam kitab bible di sana adalah biasa. Yang membezakan antara Islam dan Kristian adalah konsep ALLAH yang Esa (Islam) dan konsep trinity/Allah mempunyai anak (Kristian).
Di sini, penggunaan kalimah ALLAH amat sinonim dengan Islam sebab kita orang Melayu dah lama menggunakannya dalam terjemahan Al-Quran. Manakala Kristian menggunakan perkataan tuhan/god dalam bible mereka.

Dah habis baca ke?? Mungkin isu ini ada kebaikan dan keburukannya.

Kebaikannya: Kalau kalimah ALLAH digunakan dalam bible akan membuka lebih peluang umat Islam untuk berdakwah kepada penganut Kristian dan senjata kita yang paling penting adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Banyak perkara yang boleh kita perdebatkan dan ternyata pihak Kristian tidak mampu untuk menjawabnya.

Keburukannya: Aqidah umat Islam kini kebanyakannya amat-amat lemah dalam pengetahuan agama Islam akan tergugat dan boleh menyebabkan terkeluar dari agama sebenar samada secara langsung atau pun tidak. Generasi muda yang tidak dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam adalah golongan yang amat berisiko untuk terjebak di dalam dakyah Kristian yang mana akhirnya akan membawa kepada murtad...nau zubillah....

Tapi kalau kita lihat dari perspektif Islam- sesungguhnya tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan kehendak dan ketentuan ALLAH. Bagi umat Islam yang berilmu dan sempurna akal, setiap musibah yang datang hendaklah dikaji dan pandangan dan approach yang lebih positif adalah amat digalakkan.

Pada pandangan saya, jika penggunaan kalimah ALLAH ini diluluskan, apa yang saya nampak- keburukan adalah lebih banyak daripada kebaikan- kerana :

1) Bertambah rosaklah akhlak dan aqidah di kalangan umat Islam di Malaysia yang sekarang sedang parah
2) Akan wujud hasad dengki dan permusuhan di antara umat Islam dan Kristian- especially di kalangan yang kurang berilmu dan hanya mengikut kehendak hati dan perasaan semata-mata.
3) Akan bertambahlah kekuatan pihak Kristian di dalam menindas umat Islam di Malaysia dari segi zahir dan batinnya.
4) Dan banyak lagi (saya percaya anda semua boleh fikir sendiri apa yang berlaku seterusnya....)

Ditujukan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Isu ini tak boleh pandang dengan sebelah mata saja. Kemaslahatan umum adalah amat dititikberatkan dalam Islam. Perkara yang dapat menimbulkan permusuhan amatlah dilarang dan harus dikekang daripada berlaku. Sebagai daie, kita haruslah sentiasa memikirkan apa perkara yang sepatutnya yang perlu kita buat... Takbir!!!!




Leave a comment