Selamat Berpuasa kepada yang TAK BERPUASA
Sekejap sahaja Ramadhan dah nak berakhir... Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Mesti ada yang terkejut bila dengar saja bulan puasa sambil berkata Oh!bulan Ramadhan rupa’nya, sambil cepat cari port nak ponteng puasa....haih..apa nk jadi dengan orang zaman sekarang...mungkin sebab pahala tu tak nmpk dengan mata kasar yang sebabkan ramai orang Islam yang tak puasa. Alasan lain yang digunakan sebab penat kerja... Itu semua bukan alasan...Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Memangla penat keje, tapi tak kan la puasa sekerat hari pun nk mengeluh..Bukannya kita puasa 24 jam terus-menerus...Dunia...Dunia...
Banyak manfaat yang kita perolehi dengan berpuasa yang mana ditinjau dari segi kejiwaan, sosial dan kesihatan. Antaranya:
Firman Allah Taala: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah:183)
1. Dikesempatan ini, ingin sekali ku mengingatkan kepada para saudaraku kaum Muslimin & Muslimat yang suka merokok. Sesungguhnya dengan cara berpuasa sahaja mereka dapat meninggalkan tabiat merokok yang mana mereka sendiri percaya tentang bahayanya kepada jiwa, tubuh, agama dan masyarakat, kerana sebagaimana yang kita sedia maklum rokok termasuk di dalam jenis kebuluran yang diharamkan dengan nas al-Quranul Karim. Barangsiapa meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan lebih baik. Hendaknya mereka tidak berpuasa (menahan diri) dari sesuatu yang halal, kemudian berbuka dengan sesuatu yang halal, kemudian berbuka dengan sesuatu yang haram, kami memohon ampun kepada Allah untuk kami dan untuk mereka.
2. Seterusnya, dari segi sosial dapat membentuk umat Islam supaya berdisiplin, bersatu, cintakan keadilan dan persamaan, juga melahirkan perasaan kasih sayang dalam diri orang-orang beriman dan mendorong kepada berbuat kebajikan. Hubungan sillaturahim sesama umat Islam dapat dieratkan.
3. Dari segi kesihatan pula, dengan berpuasa dapat membersihkan usus-usus, memperbaiki proses pencernaan, mengurangkan kegemukan dan lebihan lemak di perut. :)
4. Manfaat puasa yang lain adalah mematahkan nafsu. Disebabkan terlebih makan dan minum serta 'bergaul' dengan isteri (bagi yang sah bergelar suami isteri), boleh mendorong nafsu berbuat kejahatan dan tidak mensyukuri nikmat.
5. Dapat mengosongkan hati dengan hanya untuk berfikir dan berzikir. Sebaliknya, jika ia dituruti dengan nafsu syahwat maka, ia dapat mengeraskan dan membutakan hati, seterusnyanya menghalang hati untuk berzikir dan berfikir, sehingga membuatkan kita lalai. Berlainan pula jika kita di tidak ada makanan atau makanan sukar diperolehi seperti di Afrika, kita sentiasa akan berdoa kepada Allah supaya mendatangkan pertolongan kepada mereka. Jadi, renung-renungkan lah....
7. Manfaat seterusnya dapat mempersempitkan jalan aliran darah yang merupakan jalan syaitan pada diri anak Adam kerana syaitan masuk kepada anak Adam melalui jalan aliran darah. Dengan berpuasa, maka dia aman dari gangguan setan, kekuatan nafsu syahwat dan kemarahan. Disebabkan itu Nabi s.a.w menjadikan puasa sebagai benteng untuk menghalang nafsu menguasai diri baginda.
8. Dengan berpuasa juga dapat memupuk diri kita supaya 'ringan tulang' untuk bersedekah kepada yang lebih memerlukan. Kalau ada rezeki yang lebih tu, rajin-rajinkanlah diri untuk bersedekah. Sebagaimana yang kita sedia maklum sedekah adalah amalan yang mulia.
Puasa yang kita lakukan tak bermakna bila masuk jer waktu berbuka, korang boleh melantak sesuke hati sampai pecah perut. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat dan sentiasa ingat ada orang yang lebih susah dari kita. Lebih-lebih lagi dekat negara Afrika tuh.....
.
alittlewoman
- e.r.n.y.y.a.n.t.y
- HiDden Town Of PaRit BunTaR, pEraK, Malaysia
- I love my FAMILY,, I love flowers,, I love pink,,, Thatz coz I'm a girl,,, & the important thing,,, I'm proud to be a MUSLIM :)