Untuk relaks relaks....
- Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
- Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
- Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
- Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
- Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
- Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
- Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
- Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
- Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
- Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
- Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
- Semua beruang kutub adalah kidal.
- Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
- TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
- Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.
Anda bagaimana? :)
alittlewoman
- e.r.n.y.y.a.n.t.y
- HiDden Town Of PaRit BunTaR, pEraK, Malaysia
- I love my FAMILY,, I love flowers,, I love pink,,, Thatz coz I'm a girl,,, & the important thing,,, I'm proud to be a MUSLIM :)