Pelajar FPI 'pemalas'??
Student FPI pemalas ?? Bukanke diorang ni semuanya rajin-rajin belaka???erm,,,
Ya,,,diakui mereka antara golongan yang terpelajar & rajin,,tapi ada 1 habit yang diorang ni cukup malas nak buat,,,benda tu memang dikira penting,,tp disebabkan sikap mereka sendiri menyebabkan mereka menjadi malas,, Berkenaan ape ye???
Isu yang ingin dikupas pada kali ini adalah berkenaan kes kebanyakan atau majoriti pelajar-pelajar fpi especially golongan Hawa yang habitnya sangat-sangat liat untuk BERSUKAN atau BERIADAH. Betulke?? Dari pemerhatian saya memang ye,,,
Tidakkah diketahui golongan ini akan kebaikan bersukan atau beriadah?? Ye,,memang tidak dapat dilihat dari luaran,,,tapi sebaliknya mendatangkan banyak kebaikan kepada diri kita sendiri,,,
Mengapa sikap malas ini wujud?? Pada pandangan saya, berkemungkinan:
- Sikap malas yang kuat dan tidak mahu untuk memajukan diri
- Mereka sering beranggapan bersukan adalah menyusahkan. Sebab? Bila bersukan mestilah badan akan berpeluh dan menyebabkan baju basah serta mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Tidakkah mereka terfikir yang peluh itu menyihatkan tubuh badan sendiri? Jadi, fikir-fikirkanlah...
- Didapati juga golongan ini akan mengeluh sakit otot-otot badan selepas bersukan.Kenapa ianya berlaku? Sebab tidak tahu teknik-teknik semasa bersukan disebabkan sudah lama tidak beriadah. Individu ini berkemungkinan tidak melakukan warm up untuk merenggangkan otot-otot badan terlebih dahulu. Jika keadaan ini masih berterusan, dilihat pada impak jangkamasa akan datang yang mana akan mendatangkan banyak penyakit kepada diri sendiri. Jadi, mana satu pilihan anda?
- Banyak lagi sebab yang boleh kita fikir & perhatikan.
- Dengan bersukan, secara tidak langsung kita dapat mendisiplinkan diri kita. Ini kerana, di dalam sukan memerlukan kepada disiplin yang tinggi dari segi ketepatan & kepantasan mengejar masa, kecergaran fizikal, kekuatan & ketahanan mental, kemahiran tektikal & teknikal dalam sesuatu permainan dan banyak lagi. Bersukan juga memerlukan kepada jadual berkala atau latihan berjadual yang agak kerap jika kita mahu mencapai hasil yang memberangsangkan.
- Dan banyak lagi kebaikan yang kita sama-sama dapat fikirkan.
Di dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk bersukan seperti berenang, melempar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melempar panah seterusnya menggalakkan mereka dengan berkata, "Lemparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu kalian". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah juga turut serta dalam bersukan.
Ada pepatah Arab berbunyi:
'Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat'
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar ata apa sahaja profesion yang diceburi. Malah kualiti kerja juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa ke semasa disebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi tumpuan dan fokus pada kerjanya.
Tambahan pula, Islam melihat proses pembinaan fizikal seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus diberi perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya & menjauhi laranganNya secara berterusan.
Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bermula pada hari ini, ubahlah habit kita supaya suka kepada bersukan. Sertailah mana-mana kelab sukan & permainan yang terdapat di UKM. Mungkin dari situ akan timbul kesedaran kita betapa pentingnya bersukan dalam kehidupan seharian kita. Sekian, selamat beramal! :)
Tambahan pula, Islam melihat proses pembinaan fizikal seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus diberi perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya & menjauhi laranganNya secara berterusan.
Ayuhlah wahai sahabat-sahabatku, bermula pada hari ini, ubahlah habit kita supaya suka kepada bersukan. Sertailah mana-mana kelab sukan & permainan yang terdapat di UKM. Mungkin dari situ akan timbul kesedaran kita betapa pentingnya bersukan dalam kehidupan seharian kita. Sekian, selamat beramal! :)
alittlewoman
- e.r.n.y.y.a.n.t.y
- HiDden Town Of PaRit BunTaR, pEraK, Malaysia
- I love my FAMILY,, I love flowers,, I love pink,,, Thatz coz I'm a girl,,, & the important thing,,, I'm proud to be a MUSLIM :)